My world

22 December 2015

Janji Allah itu Pasti

Assalamualaikum wbt,

Hari ni la hari paling best..best..dan best..hahahaha.. Sebabnya bos tak dak..HR manager tak dak, Acct manager tak dak...ramai orang2 besar cuti..wehehe..ok, cukup2 jgn lebih2 nti terslh niat lak..hahaha..niat harini just nak share experience..

Almost 1 year and 3 mths I've been working with my current company. I learn a lot, play a lot and build a very good bonding between my colleague (^_^). Sepanjang kerja gaji aku tak da la banyak sangat but alhamdulillah masih cukup untuk budget byr kereta, makan, minyak kereta, topup, make up, mara, simpanan kahwin & etc.

Something yang buatkan aku tersedar dan tersentak is when kita di uji tanpa sedar. For me la bila gaji dah meningkat, perbelanjaan pun automatik meningkat and sedar atau tak aku makin terleka dan terlupa memperuntukan gaji bulanan untuk both of my parents. Actually tak banyak, even sesuap nasi yang kita bagi pun dah cukup untuk mendapat redha Allah. Tapi itu la, kita mudah terleka bila di uji dengan kesenangan. Aku pun manusia biasa. Yes pernah buat silap, alpa dan khilaf dengan nikmat hidup.

Satu soalan yang buat aku tersentak bila mak bertanya "bila nak belanja mak?". Ya Allah, by that time aku sangat2 terkesima, terkedu dan rasa macam pipi kena tampar. Pedih sgt soalan tu, bukan pedih sebab marah tapi rasa betapa khilafnya aku, sombongnya aku sampaikan mak dengan abah aku abaikan walhal tak pernah sedetik pun mak dan abah abaikan aku. Cepat2 la buat sunat taubat, mohon sangat pada Allah yang satu agar memaafkan kealpaan aku. Astagfirullahala'zim...semoga pintu keampunan Allah masih di buka untuk aku yang kerdil ini. (~_~).



Lepas je dengar mak cakap macam tu, start gaji bulan seterusnya aku sentiasa letakkan mak dan abah dalam budget aku. Tak perlu sampai menyeksa diri.. cukup la sekadar yang mampu. Betul janji Allah tak pernah di mungkiri. Sabda Rasulullah SAW "Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa- Hadis al-Tirmizi". Dua bulan aku ajar diri aku, didik hati ini supaya ikhlas dan yakin dengan janji Allah. Rezeki Allah bagi untuk di kongsi.. semakin kita berkongsi, semakin luas pintu rezeki di buka. Syaratnya kena yakin dan tawakal.. After 2 months I keep doing what I've been plan, masuk je bulan ke 3 masa tu after Deepavali. Adalah owner rumah sewa ni, aku dah banyak sewa rumah untuk budak2 company aku.

So one day he call me inviting for Deepavali, bukan la apa cuma segan. Yela, owner bela anjing and as muslim kita takut dengan anjing. (Jangan slh faham, takut hanya kepada Allah, dengan anjing ni just risau nanti kalau kena air liur dia. kena samak weyy). So, pk punya pk aku pun pegi jugak rumah dia dengan niat nak melwat la kan. Who knows dia punya excited aku datang beraya dia siap bagi hamper yang penuh dengan makanan yang halal la like jajan2, air dan sbgnya. Paling best dapat ang pau..(jap..deepavali panggil ang pau ka..hentam jela..wehehe)

Masa dapat tu aku belum kira..Sampai je rumah aku buka la envelope tadi.. Tengok2 dapat 100. Even nilainya tak la berjuta atau beribu tapi cukup menyedarkan aku betapa janji Allah itu pasti. 2 bulan aku belanja mak dengan abah dengan anggaran lebih kurang dengan nilai yang sama.

Pengajaran yang nak aku kongsikan adalah. Jangan pernah merasa tak cukup atau kedekut kerana sesungguhnya Allah maha mengetahui tentang keperluan hambaNya. Memang Dia tak gandakan gaji atau ganti dalam bentuk yang kita nampak. Tapi dia gantikan dalam bentuk lain. Jangan buta menilai dengan nilai tersirat pemberian dari maha pencipta. Subhanallah..sesugguhnya segala puji hanya lah untuk Allah yang satu.

P/s: Sama2 lah kita bermuhasabah diri dan berubah ke arah yang lebih baik serta di berkati.
#Sayangi Allah adalah yang pertama, sesudah itu sayangi rasul mu iaitu pembawa utusan Allah,kemudian sayangilah dan hormatilah kedua orang tuamu, sesudah itu cintailah pasanganmu dengan seadanya..in syaa Allah..

Sekian,
Sekadar perkongsian dan ikhtibar.
xoxo.

(O_^)

No comments:

Post a Comment